Feeds:
Posts
Comments

Solat Untuk Keredhaan Allah SWT


Hadith 2

Daripada Abu Zar Radiallahuanhu berkata, “Suatu ketika Rasullullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas baginda SAW memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda

“Wahai Abu Zar.” Saya menyahut,”Saya Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda,” Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Keterangan

Pada musim sejuk banyak sekali daun yang gugur sehingga kadang-kadang tiada sehelai daun pun yang tertinggal pada sesetengah pohon. Inilah yang merupakan mafhum daripada sabdaan Nabi SAW  iaitu solah yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menghapuskan semua dosa sehingga tiada satu dosa pun yang tertinggal. Walau bagaimanapun, satu perkara perlu diberi perhatian iaitu rumusan kepada kajian yang mendalam daripada para alim ulama berdasarkan al-Quran dan hadis menyatakan bahawa hanya dosa-dosa kecil sahaja yang akan terampun melalui solah dan amal2 kebaikan yang lain. Dosa besar tidak terampun tanpa bertaubat. Oleh itu, disamping mengerjakan solah, kita hendaklah juga mengambil berat untuk bertaubat dan beristighfar dan janganlah mencuaikan perkara ini. Lainlah jika Allah SWT mengampun dosa besar seseorang dengan limpah rahhmatNya.

Petikan: Fadhilat Amal, Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih

Asma Allah – Video Clip


Asma Allah

Rahim
Karimun
‘Adim
‘Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Mannan
Rahmaanun
Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid

Allahuma shalli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin shallu alayh

Allahuma shalli ‘ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu’minn shallu alayh

Latif
Khabirun
Sami’
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra’uuf
Shabuurun
Majid

Allahuma shalli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin sallu alayh

Allahuma shalli ‘ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu’mineen shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da’fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur ‘uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu’izu a’izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du’aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya latifu ultuf bina

Mother – Video Clip


Mother – Sami Yusuf

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother… mother… o my mother
How i long to see o mother
“your mother, your mother, your mother”
Is the saying of your prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘afwaki ummi
Samihini…
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me

www.youtube.com

Ketakutan Abu Bakar R.A


Menurut ijma’ (kata sepakat) ahlu sunnah wal jama’ah, Hazrat Abu Bakar r.a ialah lelaki yang paling afdhal selepas para nabi a.s. Kedudukan beliau sebagai ahli syurga sudah pasti. Nabi s.a.w sendiri pernah memberi berita gembira kepada beliau tentang kedudukan beliau di dalam syurga. Bahkan diberitahu bahawa beliau akan menjadi ketua kepada satu kumpulan ahli syurga. Semua pintu syurga akan menyeru dan memanggil nama beliau.

Baginda s.a.w pernah bersabda:

” Abu Bakar ialah orang yang mula-mula sekali akan memasuki syurga di kalangan umatku.”

Walaupun mempunyai segala kelebihan ini, kadang-kadang beliau berkata:

” Alangkah baiknya andainya aku sebatang pokok yang akan ditebang.”

Kadang-kadang beliau berkata:

” Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang akan dimakan oleh haiwan ternakan.”

Kadang-kadang beliau berkata:

” Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan seorang mukmin.”

Pada suatu ketika beliau telah memasuki satu kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk. Beliau menghela nafas panjang sambil berkata:

” Betapa gembira hidupmu. Kamu makan, kamu minum, kamu ke sana dan ke mari di bawah naungan pokok-pokok dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisaban pun ke atas mu. Alangkah baiknya kalau Abu Bakar seperti kamu. “ (Tarikhul Khulafa’)

Hazrat Rabi’ah Aslami r.a menceritakan, ” Pernah sekali berlaku pertengkaran antara saya dengan Hazrat Abu Bakar r.a kerana sesuatu perkara. Beliau telah mengatakan sesuatu yang kasar terhadap saya yang saya tidak suka. Beliau segera menyedari keadaan itu dan berkata kepada saya, ” Engkau pun katakanlah perkataan itu kepada saya supaya menjadi balasan terhadap saya.”

Saya enggan menyatakan perkataan itu. Maka beliau pun berkata, ” Sama ada engkau katakan perkataan itu kepada saya ataupun saya akan pergi dan ajukan perkara ini kepada Rasulullah s.a.w. “

Saya tetap enggan daripada menyuarakan sebarang jawapan. Lantas beliau telah bangun dan terus pergi. Beberapa orang daripada Banu Aslam datang dan berkata, ” Adakah ini suatu perbuatan yang wajar? Dia yang membuat kesilapan dan dia juga yang ingin adukan kepada Rasulullah s.a.w”

Saya menjawab , ” Adakah kamu mengetahui siapa beliau? Beliaulah Hazrat Abu Bakar As-Siddiq r.a. Sekiranya beliau merajuk denganku maka Rasul yang dikasihi Allah s.w.t juga akan memarahi aku. Dengan kemarahan baginda s.a.w, Allah juga akan memurkai aku. Jika demikian, tidak ada apa-apa keraguan lagi pada kebinasaan Rabi’ah.”

Selepas itu saya pergi menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan peristiwa tadi. Baginda s.a.w pun bersabda, ” Tindakan kamu itu betul, memang sepatutnya engkau tidak menjawab dan tidak membalas terhadap beliau. Cuma sebagai ganti katakanlah, ” Wahai Abu Bakar, semoga Allah s.w.t mengampuni kamu.”

Keterangan

Demikian itulah sifat ketakutan Hazrat Abu Bakar r.a kepada Allah s.w.t. Beliau begitu risau dan mengambil berat tentang satu perkataan yang remeh sehingga pada mulanya beliau sendiri yang meminta supaya dibalasi dan kemudian dengan perantaraan Rasulullah s.a.w, beliau ingin supaya Hazrat Rabi’ah r.a mengambil tindakan balas. Pada hari ini, sungguhpun banyak perkataan yang kita ucapkan antara satu sama lain namun kita tidak pun berfikir yang kita akan dibalasi atau pun kita akan dihisab di akhirat nanti.

Wallahua’lam

Petikan: Fadhilat Amal, Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih


Wujud – Allah itu Ada
Qidam – Allah itu Sedia (tiada permulaan bagiNya)
Baqa’ – Allah itu Kekal (tiada pengakhiran bagiNya)
Mukhalafa tu lilhawadith – Allah itu Berlainan daripada makhlukNya
Qiyamuhu binafsihi – Allah itu Berdiri dengan sendirinya
Wahdaniyat – Allah itu Esa
Qudrat – Allah itu Berkuasa
Iradat – Allah itu Berkemahuan
Ilmu – Allah itu Mengetahui
Hayat – Allah itu Hidup
Sama’ – Allah itu Mendengar
Bashar – Allah itu Melihat
Kalam – Allah itu Berkata-kata
Kaunuhu Qadiran – Keadaan Allah yang Berkuasa
Kaunuhu Muridan – Keadaan Allah yang Berkemahuan
kaunuhu ‘Aliman – Keadaan Allah yang Mengetahui
kaunuhu Hayyan – Keadaan Allah yang Hidup
Kaunuhu Sami’an – Keadaan Allah yang Mendengar
Kaunuhu Basiran – Keadaan Allah yang Melihat
Kaunuhu Mutakalliman – Keadaan Allah yang Berkata-kata

Dua puluh sifat yang wajib bagi Allah terkandung dalam dua sifat kesempurnaan. Sifar tersebut adalah:

Istigna
Kaya Allah daripada sekalian yang lain daripadaNya iaitu tidak berkehendak Ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikanNya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy. Maka, Maha Suci Tuhan daripada tujuan pada sekalian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu.
(sifat 1,2,3,4,5,11,12,13,18,19,20)

Iftiqar
Yang lain berkehendakan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
(sifat selebihnya)

Sifat-sifat mustahil bagi Allah adalah yang berlawanan daripada sifat-sifat wajib

Keampunan Allah S.W.T


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah saw bersabda: Allah swt berfirman,:

” Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingati Aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia di dalam hatiKu, dan jika dia mengingati Aku dalam perhimpunan, maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari. ” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Keterangan

Berbagai-bagai perkara diterangkan dalam hadith ini. Pertama, ” Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu’ bermaksud, hendaklah kita senantiasa mengharapkan kurniaan dan rahmat daripada Allah swt, janganlah sekali-kali putus asa atas rahmatNya. Sememangnya kita adalah pendosa dan kita meyakini bahawa segala dosa dan perbuatan kita itu pasti akan dibalas. Namun begitu, janganlah sekali-kali berputus asa daripada rahmat Allah swt. Adalah tidak mustahil bagi Allah swt untuk mengampuni keseluruhan dosa kita dengan rahmat dan kemurahanNya semata-mata.

Terdapat dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) denganNya dan Dia mengampuni dosa yang selain dari pada syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (An-Nisa: 116)

Akan tetapi tidaklah semestinya segala dosa akan diampuniNya. Lantaran itu para ulama mengatakan bahawa iman adalah antara harap dan takut.

Satu ketika Nabi saw mengunjungi seorang sahabat muda yang berada dalam keadaan nazak. Baginda saw bertanya kepada, ” Bagaimana keadaan kamu?” Jawabnya, ” Wahai Rasulullah, aku mengharapkan rahmat Allah swt dan aku takut mengenai dosa-dosaku.” Sabda Baginda saw, “Jika kedua-duanya yakni harapan dan ketakutan didapati dalam keadaan seperti ini, maka pasti Allah swt akan mengurniakan apa-apa jua yang diharapkan dan menyelamatkan daripada apa-apa saja yang ditakuti (Jam-’ul- Fawaaid)

Manfaat Solat


Sesungguhnya solat adalah satu amalan yang begitu bernilai dan amat besarlah manfaatnya. Selain mendapat keredhaan Allah swt, solat juga menjadi sebab sebab kita terselamat daripada kesusahan didunia dan memperoleh ketenteraman jiwa. Ibnu Sirin rah. berkata, ” Sekiranya aku diberi pilihan antara memasuki syurga dengan mendirikan dua rakaat solat maka solatlah yang akan menjadi pilihanku kerana masuk ke syurga adalah semata-mata kesukaanku, sementara dua rakaat solat pula untuk keredhaan Tuhanku (Jami’ul Shaghir)

Rasulullah saw telah bersabda, ” Patutlah dikagumi seorang Islam yang ringan bebanan hidupnya (tiada bebanan yang banyak daripada ahli keluarganya) mempunyai banyak masa lapang  untuk mendirikan solat, sabar menjalani hidupnya dengan rezeki sekadar mencukupi keperluan, mengerjakan amal ibadat dengan baik, tidak dikenali ramai, meninggal dunia ketika usia muda, tidak banyak meninggalkan harta pusaka, dan tidak ramai orang yang menangisi kematiannya.”

Dinyatakan dalam sebuah hadith, ” Banyakkanlah mengerjakan solat (sunat) di rumah-rumah kamu, solat akan menambahkan kebaikan dalam rumahmu (Jami’ul Shaghir)

Petikan: Fadhilat Amal, Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih

KebesaranMu

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu

Lihat di langit kesempurnaan hati-Mu

Kau cinta pertama dalam hidup
Allahu Akbar Maha Besar
Memuja-Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan

Kebesaran-Mu Tuhan

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.